Friday, 24 February 2012

cutiescookies


Saya dan anak-anak adalah penggemar chocolate chip cookies. Suatu hari anak saya yang bongsu sentiasa meminta saya membelikan chocolate chip cookies dipasaran. Memandangkan harga dipasaran agak mahal saya pun belajar cara-cara membuat cookies.  Banyak juga perisa yang saya buat akhirnya......


Perisa yang diluluskan oleh anak-anak, ingin saya kongsikan pada anda di blog ini. Mungkin anda juga penggemar chocolate chip cookies...jadi apa lagi.... cubalah nikmati keenakan, kerangupan dan kemanisan rasa cutiescookies saya...


Tips: Semasa menikmati cookies saya pejam mata anda sambil mengunyah. Anda akan merasa bagaimana cookies yang rangup, manis dan enak mencair dalam mulut anda. Errrrmmmm...enaknya...cutiescookies

Apam polkadot

'Aniq nak apam kodot'.... Lagi satu kegemaran anak saya ialah apam polkadot yang cute-cute. Seperti biasa saya berusaha mempelajari cara membuat apam polkadot dan saya telah menggantikan inti cokelat chip di dalam apam tersebut. 

Akhirnya!! terciptalah apam polkadot berinti cokelat chip kegemaran anak saya. Jika anda ingin merasa apam ini...apalagi order dan rasainya dengan penuh kenikmatan...nyum...nyum..'shedapnyaaa...'

Hamper

Hasil kreatif semulajadi dan yang dipelajari dari EMAK (Pn. Ruby) kini saya dedahkan dalam blog untuk tujuan memberi peluang melebarkan sayap perniagaan kecil-kecilan dirumah. Saya sentiasa memikirkan cara yang paling sesuai dan kreatif untuk pembungkusan produk-produk saya.

Terkini....sistem pembungkusan yang eksklusif & unik dalam bentuk hamper untuk pelbagai majlis @ perayaan agar lebih menarik. Terdapat juga Mini Hamper sebagai hadiah mengikut bajet. Lihat foto-foto yang saya masukkan dan jika berkenan sila isi ruang order form....

Selamat Pengantin Baru... saya juga menyediakan produk untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu dalam bungkusan yang agak menarik dan mudah. Seperti biasa jika harga perpatutan dan menarik sila buat tempahan awal ok.... Pastinya bertambah senyuman pengantin melihat tetamu puashati dengan ole-ole dari mempelai. Terima kasih.