Saya dan anak-anak adalah penggemar chocolate chip cookies. Suatu hari anak saya yang bongsu sentiasa meminta saya membelikan chocolate chip cookies dipasaran. Memandangkan harga dipasaran agak mahal saya pun belajar cara-cara membuat cookies. Banyak juga perisa yang saya buat akhirnya......

Perisa yang diluluskan oleh anak-anak, ingin saya kongsikan pada anda di blog ini. Mungkin anda juga penggemar chocolate chip cookies...jadi apa lagi.... cubalah nikmati keenakan, kerangupan dan kemanisan rasa cutiescookies saya...
Tips: Semasa menikmati cookies saya pejam mata anda sambil mengunyah. Anda akan merasa bagaimana cookies yang rangup, manis dan enak mencair dalam mulut anda. Errrrmmmm...enaknya...cutiescookies